Pada Jumaat, 14 Februari 2025, Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai telah mengadakan hari pendaftaran bagi murid Tahun 1 dan prasekolah untuk sesi persekolahan 2025/2026. Acara ini merangkumi beberapa sesi taklimat yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan guru prasekolah. Antara topik yang dibincangkan termasuk fasiliti sekolah, pengurusan sekolah, hal ehwal murid, kesihatan pergigian, dan pengurusan prasekolah. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan panduan dan pendedahan awal kepada ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk memulakan sesi persekolahan. Warga SK Simpang Pulai mengucapkan selamat datang kepada semua murid Tahun 1 dan prasekolah serta berharap mereka akan berjaya dalam menuntut ilmu
-
Pendaftaran Tahun 1 & Prasekolah SK Simpang Pulai Sesi 2025/2026
Leave a Reply