Bagi melengkapkan program Latihan Dalam Perkhidmatan, Unit Latihan Dalam Perkhidmatan menganjurkan satu Kursus “Team Building” kepada guru-guru dan staf SKSP. Kursus selama 1 hari ini dijalankan bagi memberi pendedahan mengenai pentingnya kerjasama dan kesepaduan dalam sesebuah organisasi seterusnya mewujudkan gelagat organisasi yang baik dan harmoni. Selain itu sifat kepimpinan dan perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan.
Program yang dijalankan bertempat di Kem Murni Gopeng disertai oleh 50 orang guru dan staf sokongan. Melihat kepada komitmen yang diberikan oleh para peserta, Unit Ladap bercadang untuk mengadakan kursus seumpama ini di lain masa. En. Mohd Shariman Bin Idris, guru besar SKSP mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa, semua guru dan staf sokongan kerana berjaya melaksanakan kursus ini.
Leave a Reply