17 April, Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membimbing dan melatih murid baharu menerima sistem Pendidikan formal sekolah rendah. Melalui program ini, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi kehendak Standard Kurikulum KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).
Selain itu, penerapan nilai dan kemahiran yang dirancang sepanjang empat minggu mampu menarik minat dan kesungguhan murid untuk terus hadir serta sayangkan sekolah dan seterusnya meningkatkan keinginan untuk terus mahu belajar bersama rakan-rakan di kelas. Program ini juga memberi peluang kepada setiap murid untuk meningkatkan kemahiran asas dan gerak kerja berkumpulan. Murid-murid juga perlu menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di tahun satu sekolah rendah.
Pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi sumbangan dan komitmen dengan penuh dedikasi dalam menjayakan Program Transisi Tahun Satu 2.0 sesi 2023/2024 ini.
Leave a Reply