30 April, LEBIH 500 penduduk Kampung Merawan Indah hadir bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di perkarangan Surau Al-Falah Kampung Merawan Indah pada hari ini.Program adalah anjuran Jawatankuasa Surau Al-Falah Kampung Merawan Indah bersama Jawatankuasa Penduduk Kampung Merawan Indah.
Sebelum acara bermula pada malamnya, persiapan secara bergotong royong telah dilakukan oleh setiap jawatankuasa mengikut nombor lorong perumahan.
Sebelum majlis diadakan, mesyuarat jawatankuasa sambutan telah bermesyuarat bagi melicinkan perlaksanaan majlis ini.Perbincangan berkisar kepada pencarian dana selain menyusun atur tugas jawatankuasa sambutan, menu yang akan disajikan dan juga susunan aturcara program demi memastikan majlis yang akan dianjurkan akan berjalan dengan lancar dan berjaya Ketua Jawatankuas Lorong Merawan Indah 12 En Azmi berkata, memang sudah menjadi budaya di kawasan kampung ini, apa sahaja sambutan yang diadakan akan dilakukan dengan bergotong royong.
“Dengan cara begini, akan merapat dan lebih memesrakan lagi tali silaturahim kalangan penduduk di kawasan Kampung Merawan Indah ini, di mana keseluruhan penghuni di perumahan ini adalah warga tempatan ,” katanya.
Majlis berslogankan “Ukhwah Fillah Fi Al Jannah” ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Majlis dimulai dengan ketibaaan warga Merawan Indah dan penduduk kampung sekitarnya dan para tetamu jemputan. Jamuan bermula selepas kata-kata aluan pengerusi majlis. Konsep jamuan adalah portluck/stall dimana setiap lorong penduduk kampung di5ugaskan menyediakan juadah yang telah dirancangkan. Antara juadah yang ada ialah miunuman cocktail, apam balik, pelbagai buah-buahan, cengdol, keropok lekor, nasi goreng, mee gorang dan banyak lagi. Majlis dimeriahkan lagi dengan celoteh bersahaja pengacara majlis yang menghiiburkan dan menghidupkan suasana dengan pelbagai senda gurau dan info yang bermanfaat. Pengacara majlis turut berkongsikan sejarah asal wujudnya Kampung Merawan Indah untuk pengetahuan generasi muda. Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan diharapkan majlis sambutan hari raya aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah dan persaudaraan dikalangan pendudk.
Layari link google photo di bawah ini untuk mendapatkan gambar majlis jamuan raya
Leave a Reply