Jawatankuasa Unit Anti Denggi bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah telah mengadakan program kesedaran dalam pencegahan penyakit demam denggi dan kawalan nyamuk aedes kepada semua warga SK Simpang Pulai. Sasaran program ini juga turut diperluaskan kepada penduduk komuniti persekitaran kawasan sekolah.
Bagi menyebarkan maklumat kesedaran dalam pencegahan denggi, sebuah website telah dibangunkan oleh Unit Anti Denggi SK Simpang Pulai. Selain berfungsi sebagai paparan sebaran maklumat mengenai bahaya denggi, ia turut memaparkan aktiviti atas talian yang melibatkan penglibatan murid sekolah iaitu pertandingan kuiz. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Ogos.
Objektif program ini adalah bagi mengurangkan densiti vektor utama demam denggi iaitu nyamuk aedes di kawasan sekolah, serta meminimumkan risiko jangkitan virus denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah dan komuniti setempat terhadap tahap kebersihan kawasan pejabat, bengkel, kamsis, kuarters dan kawasan persekitaran sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz atas talian dan galeri unit denggi.Semoga Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai sentiasa berada di dalam persekitaran yang bersih, selamat dan bebas daripada risiko jangkitan penyakit demam denggi.
Laman Website Unit Denggi SK Simpang Pulai.
Leave a Reply