Simpang Pulai: Seolah-olah seperti berada di Dataran Merdeka menyaksikan perarakan sambutan kemerdekaan yang penuh kemeriahan.
Suasana tersebut dapat dirasai di jalan besar berhadapan Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai (SKSP) yang menyaksikan lebih 400 murid bersama ibu bapa mengikuti perarakan sempena penutupan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan di sini hari ini.
Murid-murid yang menyertai perarakan membabitkan murid tahap 1, tahap 2 dan pendidkan khas yang berjalan sehingga satu kilometer dengan menggayakan kreativiti payung kemerdekaan dan kibaran jalur gemilang.
Aktiviti perarakan yang berlangsung cukup meriah bermula pukul 8.30 sehingga 9.30 pagi turut dihadiri Pengerusi PIBG , En Baharudin Basro.
Baharudin berkata, aktiviti perarakan yang dilaksanakan itu dilihat antara pengisian terbaik sempena sambutan Bulan Kebangsaan ini.
Katanya, aktiviti seumpama itu sangat baik khususnya untuk menyemai semangat patriotik dan mendidik kanak-kanak dari peringkat akar umbi mengenai semangat kemerdekaan
Leave a Reply