Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Oleh kerana itu, pengurusan pejabat menjadi asas organisasi sekolah. Pengurusan pejabat yang sistematik dan terancang menjamin kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi.
Penggunaan teknologi secara meluas mempengaruhi sistem pengurusan fail sekolah. Oleh kerana itu, pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Datu hashim telah mewujudkan sistem pengurusan fail secara maya di mana semua surat menyurat di simpan di dalam google drive. Fail boleh dirujuk mengikut nombor yang telah ditetapkan sepertimana nombor rujukan fail yang disimpan di pejabat sekolah.
Dalam memastikan matlamat sekolah tercapai, pengurusan pejabat Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim mengamalkan teori dan prinsip seperti berikut:
- Konsep Pemikiran Stephen Covey: The Seven Habits
- Konsep Amalan 5s: Kaizen
- Teori Pemikiran Edward De Bono : Six Thinking Hats
- Teori Kecerdasan Emosi: Daniel Goleman
- Jauhi ‘Boiling Frog Syndrome’
Pengurusan pejabat yang efektif adalah amat penting di dalam merancang, mengawal, mengurus dan menyelesaikan masalah-masalah harian di SKDH. Ianya juga penting di dalam merancang masa depan organisasi terutamanya di dalam situasi semasa yang tidak menentu pada masa kini. Pihak Pengurusan adalah penggerak organisasi. Mereka perlu di latih menjadi Pengurus hebat yang akan menjadi aset utama sekolah.