Permulaan yang baik untuk menjadikan sesi persekolahan dimulakan dengan peristiwa yang pasti akan menyeronokkan para pelajar untuk terus meneroka dunia pendidikan yang luas. Merujuk kepada komen mendapati rata-rata guru-guru juga teruja untuk melihat kesannya daripada pelaksanaanya nanti. Seperti sebelum-sebelum ini sesi suai kenal dan interaksi ini tetap ada cuma dilaksanakan dalam keadaan yang terikat dengan jadual akademik masing-masing. Dijangka saranan menjadikan keutamaan untuk minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik ini akan membuatkan proses interaksi itu lebih bermakna dan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Tahniah YB Fadhlina di atas keprihatinan yang diberikan.
-
Tiada kelas akademik sepanjang minggu pertama persekolahan
Leave a Reply