Pada 10 hb April 2023 (Isnin), satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Rakan Sebaya Dan Pengawas SPBT Sekolah serta pelantikan Ketua Kelas telah dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan SImpang Pulai. Majlis disempurnakan oleh Inspektor Muhamad Azhari Bin Hazim ,Pegawai Polis Balai Simpang Pulai. Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pengawas SPBT , Pengawas Rakan Sebaya adalah unit-unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.
Mereka yang dilantik akan membantu guru-guru melicinkan lagi operasi pemantauan disiplin sekolah, pengagihan buku teks sekolah dan pusat sumber sekolah. Selain itu, mereka juga akan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas mereka serta menjalankan aktiviti membantu rakan mereka dalam setiap program yang dijalankan.
Matlamat Majlis Watikah Pemimpin Muda Sekolah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin cilik yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan sahsiah dalam kalangan murid-murid SK Simpang Pulai. Objektifnya adalah untuk melahirkan pemimpin kecil yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Badan-badan pengawas juga memberi contoh dan teladan kepada murid-murid serta mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan mereka dan pihak sekolah mengharapkan agar anak-anak didik SKSP dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang.
Leave a Reply