18 April – Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai mengadakan majlis penutupan Ihya Ramadhan yang bertempat di dewan sekolah. Majlis dirasmikan oleh Encik Shariman Bin Idris, guru besar SK Simpang Pulai.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan adalah Program Ihya’ Ramadhan, Tadarus Quran, Iftar Jama’ie, Majlis berbuka puasa, Khatam Quran , Gotong Royong Bubur Lambuk, ucapan hari raya dan kutipan derma, atau galakan bersedekah (Tabung Ihya’ Ramadhan).
Guru Besar, Encik Shariman Bin Idris berkata pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi melahirkan murid dan warga SKSP yang mengimarahkan bulan Ramadan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam memberi sumbangan kewangan, masa dan tenaga bagi memastikan program sepanjang Ramadan ini berjalan dengan baik dan lancar.
Program sepanjang bulan Ramadhan itu sangat memberi manfaat kepada murid dan guru memandangkan Ramadan bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat manusia untuk mendapat pahala berlipat kali ganda.
Leave a Reply