POSTING ASAL (9HB Januari 2024)
Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan SImpang Pulai dengan keizinan daripada guru besar dan barisan guru guru pentadbiran, ingin membaik pulih beberapa kemudahan infrastruktur sekolah. Antara infrastruktur sekolah yang perlu dibaiki ialah pondok bacaan, longkang, tandas rosak, dan penyelenggaraan bilik-bilik khas serta bilik darjah. Pihak PIBG turut bercadang menyediakan kemudahan teknologi maklumat seperti “Smart TV” , “Projector LCD”, baik pulih makmal komputer dan pusat akses sekolah. Usaha ini bertujuan memberi kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa bagi kegunaan murid di dalam kelas supaya pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan.
Oleh yang demikian, PIBG Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai ingin melancarkan Program Infaq Jumaat SKSP. Pihak PIBG SKSP menyasarkan sasaran sumbangan sebanyak RM40,000i untuk merealisasikan matlamat ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah ini. Semoga usaha ini dapat menghasilkan situasi pembelajaran yang lebih kondusif yang bakal menyumbang kepada kecemerlangan sahsiah dan pencapaian akademik murid Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai.
Sumbangan atau Infaq boleh dibuat melalui akaun di bawah ini atau scan gambar qr code.
PIBG SEK. KEB. SIMPANG PULAI
3812 5879 07 PUBLIC BANK
NO. KELULUSAN :
JPNPk.SPS.USJK.100-2-8 Jld.9(88)
Bagi pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pengerusi PIBG SKSP,
En Baharudin Basro talian 012-3237967
Imam mahzab, Imam Syafii juga berkata tentang keajaiban sedekah.
“Perbanyaklah bersedekah sebagai amalan hari Jumat. Sedekah bisa berupa uang, makanan, atau lainnya. Jangan takut uang menjadi habis jika bersedekah. Karena Allah akan melipatgandakan pahala sedekah. Bahkan Allah akan menambah rezeki jika kita bersedekah. Nabi bersabda, ‘Dan di hari Jumat pahala bersedekah dilipatgandakan”. (Imam al-Syafi’i, al-Umm, juz 1, hal. 239).
Total Infaq Jumaat
(19/01/2024) : RM140.00
Jumlah Besar : RM1610.41
Jumlah Sasaran : RM40K
Tempoh Kutipan : 15/12/23-28/6/24
Progress
Sumbangan Infaq Terkini
إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ
(Inna haza larizquna maalahu minnafad )
– Surah Sad Ayat 54.
(Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.)
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqofkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai. Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi.
Sekian, terima kasih daun keladi..sudilah kiranya menderma lagi di lain kali..
Leave a Reply