SK Simpang Pulai terletak di atas tapak bekas lombong di Kg. Merawan
Indah, Kg Kepayang Mukim Sg Raia, Daerah Kinta, Perak.
Terdapat 3 blok bangunan sekolah 4 tingkat telah mula dibina pada 14
Jun 1999 oleh Remco Engineering Sdn Bhd. Sekolah siap dibina pada 3 Mei
2000 dengan kos perbelanjaan dianggarkan RM 3.5 juta. En. Alias B. Ausman
guru dari SK Sungai Raya telah dilantik sebagai Pengurus Operasi Sekolah
bermula daripada 1 Ogos 2001 sehingga dibuka dengan rasminya pada 2 Jun
2002. Di awal operasi sebanyak 10 buah kelas dari tahun 1 hingga 5 telah
dibuka.
Guru Besar pertama SK Smpang Pulai ialah Pn. Hjh Hafizah Bt Abd.
Wahab yang mula melaporkan diri pada 16 ogos 2002. Seramai 18 orang guru
telah ditempatkan di sekolah ketika itu.
-
SEJARAH