KESELAMATAN MURID
DASAR KESELAMATAN MURID
- Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
- Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
- Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
- Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
- Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)
- Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
- Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
- Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
- Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
- Guru kelas mestilah mempunyai salinan kehadiran kelas masing-masing di tempat berkumpul an mengira bilangan murid dengan segera. Manamana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta